Thursday 30 May 2013

Hidup

Hidup adalah pertarungan dan tiada pertarungan tanpa kekuatan. Bertarung tanpa kekuatan, akan mengakibatkan kekalahan. Lebih parah lagi apabila yang keluar dari pertarungan kerana tidak memiliki kekuatan.

Hidup adalah cinta dan tiada cinta tanpa kerinduan. Mencintai tanpa kerinduan adalah hambar dan lebih hambar lagi jika tidak merindui kerana tidak memiliki cinta.

Hidup adalah harapan dan tidak ada harapan tanpa usaha. Berharap tanpa usaha adalah kekosongan besar dan lebih kosong lagi apabila orang yang tidak mahu berusaha kerana tidak memiliki harapan.

Hidup adalah bergaul dan setiap pergaulan pasti berlaku pergeseran. Bergaul tanpa ingin bergeseran adalah kerdil. Lebih kerdil lagi apabila yang tidak ingin bergaul kerana tidak ingin berlakunya pergeseran.

Hidup adalah perjuangan dan setiap perjuangan memerlukan pengorbanan. Berjuang namun takut berkorban adalah suatu senda gurau. Lebih lawak lagi jika ia tidak mahu berjuang kerana takut berkorban.

Hidup adalah pejuangan dan setiap perjuangan memerlukan senjata. Berjuang tanpa senjata adalah sia-sia. Lebih sia-sia lagi bagi yang tidak mahu berjuang kerana merasa tidak mempunyai senjata.

Hidup adalah perjalanan dan setiap perjalanan pasti memerlukan perbekalan. Menempuh perjalanan tanpa bekalan adalah kebodohan. Lebih bodoh lagi orang yang tidak mahu berjalan kerana merasa tidak mempunyai bekalan.

Hidup adalah pilihan dan setiap pilihan pasti mengandungi risiko. Berani memilih namun tidak berani menanggung risiko adalah keburukan. Lebih buruk lagi jika tidak berani memilih kerana takut risiko.

Apakah Ertinya Andai....

Duhai yang mengaku dirinya ditarbiyyah,


Apakah erti tarbiyah?
Andai tidak menyentuh hati untuk khusyuk, 
Andai tidak meransang lidah untuk berkata yang baik, 
Andai tidak menggerakkan anggota untuk beramal. 

Apakah erti tarbiyah? 
Jika mulut lantang berbicara,
Tangan hebat mengangkat pena,
Tetapi amalmu?
Entah ke mana.

Apakah erti tarbiyyah?
Jika niatmu serong. 
Sekadar berangan kosong. 
Allah bukan lagi ghayahmu.

Apakah erti tarbiyyah?
Jika kamu saling mengecam,
Antara satu sama lain? 
sedangkan,
matlamat kita satu.
  
Duhai yang mengaku dirinya ditarbiyyah,
Sampai bila mahu tidur dalam jaga? 

Ingatlah sahabatku, 
Syaitanirrojim itu,
Hebat mengatur langkahmu,
Menghias futurmu.
Disangkakan banyak amalanmu,
Dirasakan banyak sumbanganmu,
difikirkan 'aku yang betul'
tapi sebenarnya,
‘tempang’ di medan jihad?

Sedang Allah, 
Paling tahu apa yang engkau kerjakan.

Ayuhlah beristighfar,
Tatkala kita bangga mengatakan,
Kita mengikut jalan tarbiyah, 
Tapi zahirnya tidak mencerminkan
apa pun! 

Asaklah hati untuk lembut mengingatiNya, 
Tahanlah lidah daripada berkata yang tidak bermanfaat, 
Tangkaskan kaki dan tangan untuk maju bergerak.

Kerana,
Kalau diri sendiri tidak mahu, 
Datanglah seribu Murabbi Super Saiya sekalipun,
Engkau takkan mampu berubah, 
Selagi kau tidak mula berubah! 

IKRAM SISWA UNIMAS

Sunday 26 May 2013

Kembali dengan Doa dan Taubat

Assalamualaikum wbt..

Jalan Pulang............


Cuba kita ambil masa sebentar,

pejam mata dan renung seketika,
dalam hidup ini,berapa banyak dosa kita telah lakukan?

Siapa yang tak pernah buat dosa?Siapa tak pernah buat silap?

Cepat cakap!!
Tak ada siapa kan berani mengaku yang dia tak pernah buat silap.
Tapi mengapa kita tetap dengan keegoan kita?
Perbuatan kita sehari-harian seolah-olah mengambarkan yang tidak ada penyesalan sedikit pun?

Itu sebabnya hati kita semakin lama semakin keras lagi hitam.

Tiap kali anak adam itu melakukan dosa,tercatitlah bintik-bintik hitam pada hatinya.
Maka kacau bilaulah hidupnya,
Hidup tanpa arah tujuan,
Tiada matlamat yang jelas,
Apa yang difikirkan hanyalah kepuasan syurga Duniawi!

Tidak hairanlah kita tengok ke sekeliling kita,pelbagai masalah sosial yang timbul.

Bukak surat khabar je,mesti ada kes zina,anak luar nikah,bunuh dan lain-lain lagi.Terukkan?
Tapi apa kita boleh buat?
Kalau kita sendiri pun tunggang langgang.

Ok,stop membebel...

Kita tahu yang kita tidak pernah lepas dari dosa.
dan kita tahu yang Allah takkan biarkan kita begitu sahaja dengan dosa.
Samada kita menyerah diri dahulu,atau terpaksa serah diri dengan menerima azab yang pedih tanpa sempat diberi pengampunan.

Jadi wahai sahabat,diri ini bukanlah siapa untuk bercakap hal ini,

Tapi aku cuba untuk sampaikan apa yang aku paham,apa yang aku lalui,
mudah-mudahan sedikit sebanyak terkesan dalam kehidupan kita seharian.

Orang bertanya,macam mana nak bertaubat?

Tapi sebelum itu mari ambil pengajaran dari kisah nenek moyang kita dan musuhnya dahulu.

11. Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu (Adam), lalu Kami bentuk tubuhmu, kemudian Kami katakan kepada Para Malaikat: "Bersujudlah kamu kepada Adam", Maka merekapun bersujud kecuali iblis. Dia tidak Termasuk mereka yang bersujud.

12. Allah berfirman: "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu aku menyuruhmu?" Menjawab iblis "Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang Dia Engkau ciptakan dari tanah".

13. Allah berfirman: "Turunlah kamu dari surga itu; karena kamu sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya, Maka keluarlah, Sesungguhnya kamu Termasuk orang-orang yang hina".

14. iblis menjawab: "Beri tangguhlah saya[529] sampai waktu mereka dibangkitkan".

15. Allah berfirman: "Sesungguhnya kamu Termasuk mereka yang diberi tangguh."

16. iblis menjawab: "Karena Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus,

17. kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).

18. Allah berfirman: "Keluarlah kamu dari surga itu sebagai orang terhina lagi terusir. Sesungguhnya Barangsiapa di antara mereka mengikuti kamu, benar-benar aku akan mengisi neraka Jahannam dengan kamu semuanya".
(QS. Al-A’raaf: 11-18)

Lihatlah,keegoan iblis memakan dirinya,

kalaulah dia memohan ampun dan bertaubat tiadalah salahnya,
tapi dia tetap melawan Penciptanya,
kerna dirasanya lebih mulia.

Balasannya,diusir dari syurga,

dan sampai sekarang,
kerjanya hanya menganggu manusia,
supaya jadi terlaknat terhina sepertinya.

Lihat pula kisah Datuk kita,nabi Adam bila dikeluarkan dari syurga kerna tertipu dengan iblis,


"Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescayalah pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi." (QS. al- A'raf: 23)

Contohilah nabi kita,
apabila bersalah melakukan perkara yang dilarang,cepat-cepat memohon ampun pada Tuhannya.

Ingatlah teman,Allah sentiasa mahu hambanya memohon ampun dan berbuat kebaikan.

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadaKu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa dekat (kepada mereka) Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. 
Al-Baqarah :186

Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun).
Al-An'aam :160

Ayuh teman,kembali ke pangkal jalan,
jalan para Anbiya'.
Berdoalah agar kita termasuk golongan yang didekatkan padaNya.

Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! 
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) !
Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia 
Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!
Al-Fajr:27-30

Tidak mahukah kita?

Saudara yang dilupa-lupakan.

Tika mana engkau berjuang kernaNya,
aku berpeluh kerna harta,

Tika mana engkau terkorban sebagai syuhada,
aku hanya disebukkan dengan korban jalanraya dan dari jalan zina,

Tika engkau di bom diletupkan tinggal sisa,
aku pula diserang dengan hiburan menodai jiwa,

Itulah saudara sehidup semati katanya,
hanya manis di qalam pena,
hanya gah di alam maya,
tapi hakikatnya,
engkaulah yang merana.

Kau tanya dimana saudara seakidahnya,
dimana insan yang dikatakan bernama manusia juga,
mengapa bantuan tak kunjung tiba?,
aku pula diam seribu bahasa,
kerna tak mampu berbuat apa-apa.

Aduhh celaka aku,
ya,kau-kau semua dan aku,
kerna biarkan engkau hidup derita,
taktala aku semua boleh tidur lena.

Jangan engkau berduka saudara,
kerna bilamana qalam mu adalah quran,
dan bilamana titisan air mata dan darahmu adalah sungai-sungai di syurga,
mengapa perlu ditangis lagi kerna seorang 'perempuan tua' ?

Kelak bantuan kan tiba,
Baitulmaqdis,Damascus akan kembali kepada kita,
Tapi selagi mana iman belum dijiwa,
sampai bila pun takkan kunjung tiba.

Ayuh teman,mantapkan iman,tembakkan doa dan wang.

Thursday 2 May 2013

Bosan?


Aneh bila ada orang cakap(kadang diri pun ada juga):
"Bosanlah hari ini"
"Saja habiskan masa"
"Tak ada apa nak buatlah"

Alahai rugi derrrr..Orang lain tercari-cari masa yang ada ni untuk digunakan sepenuhnya.
Lihatlah orang sakit,ditunggu-tunggunya waktu sihatnya,bilalah dapat sembuh.
Lihatlah diri mu sendiri tatkala exam,tercunggap-cunggap untuk habiskan pembacaan.Lihat?

Jadi sempena tengah cuti ni jom manfaatkan masa untuk perkara berfaedah.Hidup ini adalah untuk membuat pilihan.Pilih lah bekal amalan yang boleh dibawa ke sana.Boleh jadi mati mu besok dah..

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal- amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik - derhaka.

59:18-19

Teringat sabda Nabi;“Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.”