Saturday 31 December 2011

Biar Jelas..

ASSALAMUALAIKUM WBT..

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI..




SUDAH AGAK LAMA AKU TIDAK UPDATE BLOG INI,,SIBUK DENGAN JADUAL KELAS YANG MEMANJANG..MUJURLAH ADA CUTI SEMPENA TAHUN BARU..ALHAMDULILLAH..
KHAIFA HALUKA?
KAK DELA?
HOW ARE YOU?

KETIGA-TIGANYA MEMBAWA MAKSUD YANG SAMA..APA KHABAR?

DISINI AKU INGIN BERTANYA KEPADA KALIAN,,APA KHABAR SAUDARA SAUDARI..APA KHABAR HATI KITA?APA KHABAR IMAN KITA?MASIH TETAP DIJALAN YANG DICITAKAN DULUKAH?ATAU SUDAH TERSUNGKUR DIPERSIMPANGAN..MASHAALLAH..MUDAHAN KITA DIBERI KEKUATAN UNTUK MENERUSKAN PERJUANGAN HIDUP INI,,SUATU JIHAD KITA,,DALAM MENCAPAI KEREDAAN ILAHI..INSHAALLAH..

OKAY,,SEKARANG KITA SUDAH BERADA DALAM TAHUN 2012M BERSAMAAN DENGAN 1433H..BARU SAHAJA MEMASUKI TAHUN YANG PENUH TANDA TANYA INI..DENGAN PERALIHAN TAHUN INI,MAKA MENINGKATLAH UMUR KITA SETAPAK,TAPI ADAKAH IMAN KITA TURUT MENINGKAT?
SEKARANG AKU DI RUSIA,DI BUMI ASING YANG TIDAK PERNAH TERLINTAS PUN DIFIKIRAN..DISINI,,BUNGA-BUNGA API TIDAK PUTUS-PUTUS BERDENTUM,,SAMA DENGAN SUASANA HARI RAYA DIKAMPUNG..TERGAMBAR KESERONOKAN MEREKA MENYAMBUT TAHUN BARU MEREKA..TAPI KITA HARUS BEGITU JUGAKAH?

JAWAPANNYA;TIDAK SAMA SEKALI..SEBAB APA?

SEBAB KITA PUNYAI MATLAMAT YANG LEBIH JELAS..BUKAN HANYA MENYAMBUTNYA DENGAN SORAKAN DAN BERTEMPIK SANA SINI..KITA MASIH PUNYAI KALENDAR ISLAM YANG JAUH LEBIH MULIA..TAPI TIDAKLAH SALAH UNTUK BERPANDUKAN TAHUN MASIHI..TAPI,TAPI MENGAPA HARUS TAHUN BARU?

MENGAPA HARUS TAHUN BARU NAK TANAM AZAM MENGUNUNG?

ALANGKAH INDAHNYA,,KALAU KITA PUNYAI AZAM YANG SENTIASA SEGAR SETIAP HARI..
ALANGKAH INDAHNYA,,KALAU KITA PUNYAI CITA-CITA YANG MURNI SETIAP HARI..

PERJALANAN HIDUP AKAN LEBIH TERSUSUN DENGAN ADANYA PANDUAN..YAKNI,PANDUAN YANG BERPANDUKAN PANDUAN YANG HAKIKI..SEBAGAI CONTOH LAH,MENGAPA MASA KITA SEKOLAH DULU-DULU,,CIKGU BM AKAN SURUH KITA BINA RANGKA KARANGAN DAHULU SEBELUM MENULIS?SEBAB DENGAN MEMBINA RANGKA TERSEBUT,KITA SUDAH TAHU KESUDAHANNYA,,KITA SUDAH TAHU DIMANA KLIMAKSNYA..JALAN CERITA AKAN JADI LEBIH MENARIK,,AKAN LEBIH TERTARIK DENGAN HATI PEMBACA..SAMALAH DENGAN HIDUP KITA..HARUS PUNYAI MATLAMAT YANG JELAS..

YEP!MATLAMAT YANG JELAS..APA MATLAMAT ANDA?

KALAU AKU,,AKU SEMESTINYA MENJAWAB INGIN YANG TERBAIK DALAM SETIAP ASPEK,,YANG MANA DENGAN AMALAN ITU AKU AKAN DIBERIKAN GANJARAN OLEH YANG MAHA ESA..YANG AKAN MEMBAWA AKU KE SYURGA..INSHAALLAH!..TAPI YA ALLAH,,SESUNGGUHNYA HAMBAMU YANG LEMAH INI MASIH TERAMAT JAUH UNTUK ITU..SABAN HARI PENUH DENGAN DOSA-DOSA,,SAMAADA SEDAR ATAU TIDAK..

MENGAPA BERCERITA TENTANG INI SEMUA?

ADAKAH SEMATA-MATA KERANA 'MERAIKAN' TAHUN BARU?

TIDAK!

SEBENARNYA,AKU INGIN BERKONGSI DENGAN SEMUA..BERKONGSI INPUT YANG DIPEROLEHI SEMASA MENGHADIRI DAURAH HARI INI..DALAM DAURAH TERSEBUT,,PENCERAMAH MENGAJAK KITA SEMUA MEMIKIRKAN TENTANG HAKIKAT KEJADIAN KITA SEBENAR..UNTUK APA KITA HIDUP DAN APAKAH TUJUAN KITA DIHIDUPKAN DIBUMI INI..

KITA HAKIKATNYA DATANG DARIPADA AIR MANI YANG HINA..AIR YANG TIDAK ADA ORANG PUN YANG MEMANDANGNYA..BEGITULAH HAKIKATNYA..TAPI ADA SATU YANG MEMBEDAKAN KITA..AKU YAKIN KALIAN SUDAH TAHU KALIMAT YANG BAKALKU PERKATAKAN INI..YANG MANA ALLAH TELAH SEBUTKAN DALAM AL-QURAN TENTANG KALIMAT INI..

IAITU AMAL TAKWA..

MAKA BERUNTUNGLAH ORANG YANG BERTAKWA DAN MENJADIKAN ISLAM ITU SEBAGAI PANDUAN DALAM SETIAP ASPEK KEHIDUPANNYA..AKU AMBIL KATA SAIDINA UMAR R.A YANG DIPETIK DARI DAURAH TERSEBUT;
"KITA ADALAH UMAT YANG TELAH ALLAH BERIKAN KEMULIAAN DENGAN ISLAM,WALAU BAGAIMANAPUN CARA KITA MENCARI KEMULIAAN TANPA ISLAM,MAKA ALLAH AKAN TETAP MENJADIKANNYA SEBAGAI KEHINAAN"..

BANYAK LAGI YANG KAMI BINCANGKAN DALAM DAURAH TERSEBUT,,TAPI AKU TIDAK DAPAT MENCERITAKAN KESEMUANYA..MUNGKIN DISEBABKAN KELEMAHAN KURANGNYA ILMU DALAM DIRI AKU SENDIRI..MASIH TERLALU TERBATAS UNTUK MENJADI ALIM DALAM SETIAP CABANG ILMU..TAPI ISHAALLAH,,AKU MAHU TANAM DALAM DIRI,,AKU MAHU BELAJAR DAN BELAJAR..BELAJAR SESUATU PERKARA ITU SEDALAM-DALAMNYA..BUKAN SEPERTI DAHULU,,YANG BELAJAR HANYA BERKISARKAN KULIT LUAR SAHAJA,,TANPA ADA USAHA UNTUK MEMAHAMI NYA..DAN AKU MAHU KALIAN MENJADI SAKSI ATAS JANJI-JANJIKU INI..MOGA ALLAH MEMPERMUDAHKAN KITA JALAN UNTUK MENGENAL DIA..AMIN..

TERINGAT KATA-KATA IBUKU,,"TANPA ILMU ORANG TIDAK AKAN PANDANG KITA..ORANG AKAN PANDANG RENDAH KITA,,KATA-KATA KITA PUN MEREKA DENGAR TIDAK DENGAR JE..JANGAN JADI MACAM MAMA,,ABANG BELAJAR LAH BERSUNGGUH,,BIAR JADI CONTOH UNTUK ADIK-ADIK"..KATA-KATA AYAHKU PULA"ABANG BELAJAR LAH BERSUNGGUH,,JANGAN MAIN MASA SEKOLAH,,JANGAN JADI MACAM ABAH..SIANG MALAM PENAT KERJA..MENYESAL XGUNA"
BAGI AKU,,IBU BAPA AKU LAH ANUGERAH TERINDAH,,IBUKU LAH YANG SANGGUP MENUNGGU AKU BELAJAR,,ULANG KAJI PELAJARAN..MEMANG DIA GARANG,,TEGAS ORANGNYA,,ROTAN PUN HANCUR LEBUR HINGGAP BEBERAPA KALI DI BADAN NI..TAPI AKU BERSYUKUR,,DENGAN KETEGASAN ITULAH YANG MEMIMPIN AKU SAMPAI SEKARANG..

KALAU DULU AKU BELAJAR,,HANYA KERANA INGIN EXAM..RESULT EXAM BAIK,,BOLEH BANGGA DEPAN IBUBAPA..
TAPI AKU AKAN CUBA JELASKAN MATLAMATKU,,UNTUK BELAJAR BUKAN SEMATA-MATA MEREKA SAHAJA,,BUKAN SEMATA-MATA UNTUK DINILAI MASYARAKAT..BUKAN UNTUK KEPENTINGAN TERTENTU..TAPI BIAR LAH SETIAP AMAL PERBUATAN INI ADALAH KERANA ALLAH!!!..

SETAKAT INI SAHAJALAH..KALAU ADA MANA-MANA YANG SALAH,,TOLONG TEGUR..SEKADAR BERKONGSI,,TIADA NIAT LAIN..INSHAALLAH:)

Thursday 24 November 2011

Tolong Jangan Menyerah

25.11.2011,genaplah dua bulan aku disini,penuh dengan cerita suka duka.Hidup dinegara asing yang dulunya tidak pernah hadir dalam mimpi walau sesekalipun,hidup sebagai seorang mahasiswa yang dulunya hanya angan-angan zaman khayalan budak-budak tadika,tapi aku tahu aku tidak harus berpaling lagi,kerna itulah realitinya.Disaat hampir hilang arah,disaat perasaan mulai diganggu pelbagai emosi yang tidak stabil,seakan mahu saja menyerah,mahu membiarkan sesuatu berlalu begitu saja..Mujurlah ada kawan yang sentiasa membantu,memberi semangat,tidak aku lupa jasa kalian.Terima kasih..

Ya Allah,bantulah kami Ya Allah,bantu lah kami,untuk sentiasa istiqomah dalam setiap apa jua pekerjaan kami..Kami akui kami lemah,tapi kami tidak akan mudah mengalah.Bukakanlah pintu-pintu ilmu,muliakanlah kami dengan cahaya kefahamanMu.Permudahkanlah dan jangan susahkan.amin..

Sunday 23 October 2011

Tiada Yang Abadi


Dalam hidup kita,pasti pernah berhadapan dengan saat yang menyedihkan,saat dan ketika dimana orang yang kita sayang pergi untuk selama-lamanya.Waktu itu,hanya Allah yang tahu betapa peritnya perasaan ini.Waktu itu,tak berguna lagi deraian air mata yang jatuh menderai.Pada waktu itu,tiada guna lagi untuk menyesali kesalahan kita terhadap si mati.Hanya penghormatan terakhir yang dapat kita lakukan ialah solat jenazah dan berdoa di pusara si mati.

Aku juga tidak lari daripada berhadapan dengan situasi sedemikian.Sejak aku kecil,sejak aku mulai pandai berfikir tentang kematian,sudah berapa ramai yang telah pergi meninggalkan dunia fana ini.

Yang terbaru,aku telah kehilangan seorang datuk sebelum aku berlepas ke Russia.Kami redha dengan pemergiannya,aku berdoa yang Allahyarham datuk aku ditempatkan bersama-sama orang yang soleh dan semoga anak-anak dan cucunya yang masih hidup ini tidak putus-putus mendoakan beliau di alam sana.

Benarlah firman Allah;


">
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.”

Saban hari,kita semakin dekat dengan apa yang difirmankan oleh Allah,iaitu KEMATIAN.Tapi kita,walaupun kita tahu yang kematian menghampiri kita,kita seolah-olah berlagak yang kita mampu untuk hidup beribu-ribu tahun lagi,kita angkuh di bumi kepunyaan Allah ini.Kita mungkin bisa mengatakan yang kita masih muda,banyak urusan lain yang lebih utama untuk difikirkan berbanding memikirkan soal kematian ini.

Ingatlah teman,usiamu yang masih muda ini bukan penjamin segala-galanya,malaikat maut bila-bila masa boleh menjemput ajalmu.Jangan sampai disaat kematian kita,kita masih bergelumang dengan dosa,kita masih bertuhankan maksiat dan nafsu.Mari kita sama-sama berdoa supaya kita dimatikan dalam husnul khotimah,mari kita muhasabah diri tentang dosa-dosa lalu.Mari kita cermin diri kita,siapa kita dimata Allah.


Temanku,ingatlah MATI
Sesungguhnya mati adalah janji yang ditepati
Tapi mengapa kau tak pernah peduli
Engkau lebih memilih dunia yang hina ini.

Dalam doa kau meminta khusnul Khotimah
Tapi pandanganmu akan dunia tak terarah
Kau masih mencari dunia yang belum terjamah
Sehingga lupa keinginanmu meraih Jannah.

Setiap nafsu yang kau hembuskan dalam hidupmu
Tak terpuaskan walau dua gunung emas mengelilingimu
Hingga kau tertidur dalam pujuk rayu musuhmu
Dan kau terbuai dalam angan dan mimpi indahmu.

Gelap matamu akan nasib di akhirat nanti
Ketika ditanya apa yang kau kerjakan selama ini
Nanti kau akan ditanya sendiri
Kau pun tidak akan dapat melarikan diri
Dari panas dan teriknya matahari
Dari dosa-dosa yang kau lakukan setiap hari.

Sekian untuk renungan bersama:)

Wednesday 28 September 2011

Masa Membawa Sejarah Pergi | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Masa Membawa Sejarah Pergi | iluvislam.com

 Setiap orang daripada kita punyai sejarah hitam sendiri,namun jangan bimbang jangan takut,sentiasalah kita muhasabah diri ini dan memohon ampun padaNya.

Tuesday 27 September 2011

Jangan jangan bersedih


Assalamualaikum wbt..
25.9.2011,tarikh keramat bagi diriku yang kerdil ini.Lebih kurang pukul 8.30 pagi,dengan hati yang berat aku telah meninggalkan segalanya di bumi tercinta.Terasa begitu terseksanya hati ini walaupun aku tampak sangat gembira apabila bergambar bersama rakan-rakan ketika mula-mula sampai di sini hingga sekarang..Namun,,jauh disudut hati,,ada kekosongan yang amat sangat.Aku rindu wajah sayu ibuku,,aku rindu kelibat ayahku,aku rindu keriuhan apabila adik-adik aku bertelagah sekali sekala.Aku rindu suara ustaz yang mengajarkan aku,aku rindubayangan sahabat-sahabat aku di sekolah dulu.Dan aku rindu segala-galanya.Apabila mereka tanya bagaimana keadaanku disini,aku tahu mereka risaukan aku,aku tahu mereka rindukan aku.Aku cuba gembirakan hati mereka dengan menceritakan perkara-perkara yang menarik disini.Aku muat naik gambar-gambar aku di facebook untuk mengembirakan dan melegakan hati mereka.Untuk ibuku,aku harap engkau tabah melayan karenah adik-adikku yang masih kecil,didik lah mereka sebagaimana engkau mendidikku hingga aku sampai ketahap ini,aku amat bersyukur mempunyai ibu seperti mu.Walaupun aku sering melukakan hatimu,engkau masih sayangkan aku,engkau masih caknakan aku.Engkau tetap ibu yang aku kenal sejak dari aku kecil,engkau sentiasa mahu yang terbaik untuk aku.Aku tahu bukan senang untuk menjaga kami semua.Aku doakan yang engkau sentiasa gembira dan diberikan kesihatan untuk melalui hari-hari yang mendatang.Disaat aku hendak pergi,engkau menitiskan air mata,aku tahu yang engkau sangat berat hati untuk melepaskan aku pergi,engkau bimbang jika sesuatu yang buruk menimpaku,atau mungkin airmata itu airmata kegembiraanmu.Apa-apapun aku harap engkau tabah dan kuat.Aku berjanji,aku pergi jauh ini,bukan sekadar untuk bersuka-suka,bukan sekadar pemergian yang sia-sia,aku mahu jadikan pemergian aku ini suatu medium untuk aku mematangkan diri aku,untuk menjadikan aku lebih baik dari siapa aku sekarang,dan bukannya seorang anak yang lupa akan jasa orang tuanya.Aku berdoa semoga Allah memimpin aku kejalan yang lurus.amin