Wednesday 28 September 2011

Masa Membawa Sejarah Pergi | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Masa Membawa Sejarah Pergi | iluvislam.com

 Setiap orang daripada kita punyai sejarah hitam sendiri,namun jangan bimbang jangan takut,sentiasalah kita muhasabah diri ini dan memohon ampun padaNya.

Tuesday 27 September 2011

Jangan jangan bersedih


Assalamualaikum wbt..
25.9.2011,tarikh keramat bagi diriku yang kerdil ini.Lebih kurang pukul 8.30 pagi,dengan hati yang berat aku telah meninggalkan segalanya di bumi tercinta.Terasa begitu terseksanya hati ini walaupun aku tampak sangat gembira apabila bergambar bersama rakan-rakan ketika mula-mula sampai di sini hingga sekarang..Namun,,jauh disudut hati,,ada kekosongan yang amat sangat.Aku rindu wajah sayu ibuku,,aku rindu kelibat ayahku,aku rindu keriuhan apabila adik-adik aku bertelagah sekali sekala.Aku rindu suara ustaz yang mengajarkan aku,aku rindubayangan sahabat-sahabat aku di sekolah dulu.Dan aku rindu segala-galanya.Apabila mereka tanya bagaimana keadaanku disini,aku tahu mereka risaukan aku,aku tahu mereka rindukan aku.Aku cuba gembirakan hati mereka dengan menceritakan perkara-perkara yang menarik disini.Aku muat naik gambar-gambar aku di facebook untuk mengembirakan dan melegakan hati mereka.Untuk ibuku,aku harap engkau tabah melayan karenah adik-adikku yang masih kecil,didik lah mereka sebagaimana engkau mendidikku hingga aku sampai ketahap ini,aku amat bersyukur mempunyai ibu seperti mu.Walaupun aku sering melukakan hatimu,engkau masih sayangkan aku,engkau masih caknakan aku.Engkau tetap ibu yang aku kenal sejak dari aku kecil,engkau sentiasa mahu yang terbaik untuk aku.Aku tahu bukan senang untuk menjaga kami semua.Aku doakan yang engkau sentiasa gembira dan diberikan kesihatan untuk melalui hari-hari yang mendatang.Disaat aku hendak pergi,engkau menitiskan air mata,aku tahu yang engkau sangat berat hati untuk melepaskan aku pergi,engkau bimbang jika sesuatu yang buruk menimpaku,atau mungkin airmata itu airmata kegembiraanmu.Apa-apapun aku harap engkau tabah dan kuat.Aku berjanji,aku pergi jauh ini,bukan sekadar untuk bersuka-suka,bukan sekadar pemergian yang sia-sia,aku mahu jadikan pemergian aku ini suatu medium untuk aku mematangkan diri aku,untuk menjadikan aku lebih baik dari siapa aku sekarang,dan bukannya seorang anak yang lupa akan jasa orang tuanya.Aku berdoa semoga Allah memimpin aku kejalan yang lurus.amin