Sunday 1 July 2012

MALAM ITU





Malam itu,tiba-tiba fikiran terdetik untuk merenung,


Malam itu,tiba-tiba kaki pun melangkah mencari tempat yang sesuai untuk berbicara, akhirnya, jauh terperosok disudut bilik ia ketemukan, 

Malam itu,tangan mulai menari-nari,menaip setiap yang terdetik terbuku lama dihati..  


Ya,Malam itu menunjukkan tarikh 1 Julai 2012..
 


Ohhhhhhhh,cukup!Bahasa apa yang mengarut ini!! Cukup lah setakat ini aku mengarut berfalsafah dipagi buta..hehe Memang aku,tiba-tiba,terasa untuk membuka blog ini,jarang sekali aku meluahkan perkara yang dialami disini..Tapi,Malam ini,Alhamdulillah,tergerak hati ini,untuk bercerita,mungkin juga untuk berkongsi,apa yang telah aku lalui selama mana aku berada dibumi asing Moscow ini.Ya,aku mungkin terpengaruh dengan kawan-kawan yang meng-update blog mereka berkenaan pengalaman mereka di bumi asing.Aku juga punya cerita ku sendiri disini.


Ok,pertamanya,aku ingin menzahirkan rinduku pada kedua orang ibu bapaku.Tiap kali aku tulis blog aku mesti sebut pasal rindu-rindu ini kan?Tapi tiada siapa yang patut aku rindu selepas Allah dan Rasul selain orang tuaku.




Ya,manakan aku tidak harus rindu pada mereka yang membesarkan kami 7 adik beradik.Dan Alhamdulillah,kami semakin membesar sekarang,sehinggakan aku,orang boleh panggil ayah orang.HisH!Ada ke patut???Muda lagi ni taw..sesedap rasa je panggil ayah orang,cuma garang tu mungkin lah mengalahkan ayah orang.Ya,aku akui aku memang garang kot.Maaf kawan,kalau diri ini pernah berkasar,pernah menengking kamu,bukan mahu aku berbuat hal itu,tapi mungkin itu semua mainan syaitan.Syaitan itu sentiasa mencari ruang untuk memecah belahkan ukhwah yang kita bina ini.Bercakap soal sabar ini,teringat akan wasiat arwah datukku,Haji Sulong b.Mamat,dalam wasiat itu,arwah bercakap soal sabar,kata arwah,sabar itu benteng yang paling ampuh didunia,tiada lagi benteng yang lebih kuat dari sabar.Dan setiap orang yang bersabar,pasti kejayaan akan menyusulinya dan diberi ganjaran pahala.


Bersama arwah datukku.Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas roh .Al  Fatihah



Ok,aku rasa dah jauh keluar dari apa yang nak disampaikan..


MOSCOW 



Mercu tanda Moscow






Di hadapan hostel Pushkin

Airport Domodedovo,tempat pertama kali menjejakkan kaki di Rusia



Inilah dia bandar metropolitan yang paling sibuk di Rusia.Bandar yang tidak pernah lekang dengan ramainya orang,yang tidak pernah senyap daripaada bunyi gerabak metro bawah tanah yang selang beberapa minit silih berganti.Dan dibandar ini juga,tempatnya aku belajar,menimba ilmu perubatan untuk 6 tahun.Dan sekarang,satu tahun sudah digenggaman,tingal berbaki 5 tahun sisa perjuangan aku disini InshaAllah.Moscow ini besar,sangat-sangat besar.Sedangkan aku disini sendiri masih banyak tempat belum diterokai walaupun sudah setahun disini.Alhamdulillah,Moscow dianugerahi dengan pengangkutan bawah tanahnya yang memudahkan hampir setiap orang disini.Walaupun begitu,perjalanan dari hostel ke kelas tidaklah semudah yang disangka wahai kawan-kawan,Universiti tempat aku belajar ini bukanlah berada dalam satu tempat yang tetap seperti Uni-uni biasa,tapi merata-rata di Moscow ini.Perjalanan kami boleh mencecah sehingga satu jam lebih bahkan lebih kalau jalan sibuk.Untuk ke kelas,kami terpaksa menaiki bas,metro dan bas sekali lagi.Tapi kelas yang paling jauh sekali ialah Izmailovskaya,jauh terletak di line biru tua metro,sedangkan hostel aku tempatnya terletak dihujung line merah atau oren.Alahai,kalau sem depan kelas jauh lagi mampois la aku,dah lah malas,kuat tidur orangnya,mujur ada kawan yang bisa diharap.Sekali lagi,aku berterima kasih:) Tapi sampai bila nak harapkan orang lain? 

Peta lalulintas Metro yang paling sibuk

Bagon Metro


Suasana ketika Pesta Belon






 Duduk di bumi asing ini,lebih-lebih lagi bukan negara Islam,bahkan merupakan sebuah negara yang kuat menentang Islam ini,menguji banyak kesabaran dan kecekalan diri.Macam mana dengan makanan,minuman,macam mana nak cari yang halal? Macam mana dengan solat?,ketika winter terutamanya,macam mana kami solat sedangkan kelas memanjang dari pagi sampai ke petang? Sebenarnya,soal makanan Alhamdulillah,masih ada jiwa-jiwa Islam disini,banyak kedai halal yang diusahakan oleh muslim dari Dagestan,Turgikistan(xtaw ejaan betol tak)dan lain lagi wilayah sekitar Rusia.Dan makanan yang berasaskan roti ini dijual sangat murah berbanding kedai lain dan sememangnya sedap.Soal solat,kami sentiasa berjamaah bersama,walau ditengah orang ramai,Alhamdulillah.Kalau ada kelas,kami akan minta untuk keluar sebentar untuk solat berjamaah di koridor bangunan.Tapi sekali sekala,kami juga pernah diuji,dengan ketegasan lecturer yang tidak membenarkan dan ada yang memarahi kami untuk solat,tapi kami anggap itu semua sebagai ujian dan redho dengan apa yang dilakukan kerana mereka kaum yang tidak tahu,tidak boleh salahkan mereka juga. Kalau di tempat awam yg sesak pula,sekiranya tidak sempat untuk pulang ke hostel,kami terpaksa solat di bangku-bangku,atau dimana sahaja yang sesuai. 

Islam itu asing,dan beruntunglah siapa yang asing itu

Solat tidak kira dimana


 Soal pembelajaran aku disini, Alhamdulillah, kami bersyukur atas result yang tidak mengecewakan,lagi pun 1st year tahun aku ini tidak banyak final exam,hanya satu subjek sahaja,subjek lain hanya perlu mendapatkan zachut(credit).Mungkin sem baru nanti lebih mencabar,jadi perlu lebih bersedia dan lebih kuat dari sebelumnya untuk menyerap segala tekanan yang bakal dilalui.

Tekun

Tengah belajar pun masih sempat bergambar..contoh yang tidak baik..ish3


Study bersama


Muka-muka bakal Doktor suatu hari nanti,InshaAllah!




Team volleyball SMSA

Alhamdulillah pingat pertama untuk 1st year







Ok,mengapa aku memilih Russia?mengapa tidak IB?mengapa tidak medik di USIM?Aku sendiri pun tidak tahu,mungkin ini sudah takdir,sedangkan aku pada mulanya telah menolak tawaran Yayasan Terengganu untuk ke Russia,tapi berubah pendirian saat-saat akhir.Aku sentiasa percaya yang Dia ada perancangan Nya tersendiri untuk aku.Mendapat tawaran belajar ini tanpa menyusahkan ibu bapaku ini sudah seribu rahmat yang Allah berikan kepada aku.Begitu juga adikku,Alhamdulillah berjaya mendapat tawaran untuk belajar perubatan di Jordan.Semoga adik-adikku yang lain bakal menyusul,kalau bukan dalam pelajaran pun,carilah sesuatu yang dapat membanggakan agama,bangsa dan mama abah terutamanya.Itu harapan aku untuk lihat kita bahagia bersama,susah bersama sebagai satu keluarga.Walaupun Russia orang kata bukanlah tempat terbaik untuk belajar perubatan,tapi aku sentiasa percaya dengan kata ibuku,kalau dah diri itu berkehendak,letaklah diceruk bumi mana pun tetap akan berjaya,InshaAllah aku mahu sahut cabaran itu!!Dan sekarang,apa yang aku telah perhatikan selama setahun,disini bukanlah teruk seperti yang digambarkan,cuma masalah bahasa sedikit menyukarkan,kalau ada masalah belajar itu,mungkin berpunya dari diri pelajar itu sendiri.Hendak seribu daya tak mahu seribu dalih?betul kan?Sekarang,aku tengah ber'praktikal di sebuah hospital selama 2 minggu,dapat lah aku menimba ilmu,membuka mata dengan melihat suasana tempat yang bakal aku berbakti suatu hari nanti.



Cuti Winter 


Belanda,Belgium


Perjalanan kami untuk menawan dua tempat ini juga mengingatkan aku ketika kami tidak dibenarkan untuk menaiki flight oleh pegawai penerbangan dengan alasan yang tidak kukuh,padahal sepatutnya tidak ada masalah apa-apa pun.Malam itu,kami bermalam di airport,kerana flight awal pagi.Dan bila tiba masa untuk check-in,timbullah masalah yang aku rasa sengaja dibuat oleh pegawai yang racist ini.Dia ingat bangsa dia saja yang terbaik,boleh buat sesuka hati kepada bangsa lain.Dan sememangnya kami telah misses penerbangan itu,hancur harapan untuk melancong seketika,selepas itu,kami pergi menemui agen penerbangan,dan Alhamdulillah agen itu mencari untuk kami penerbangan yang lain dan dia meminta maaf apa yang terjadi keatas kami dan akan menyiasat apa yang telah berlaku.Dan,,akhirnya pisang berbuah dua kali!harapan berputik kembali.Semangat yang hilang datang kembali.Langkah yang layu ditambah pula kesejukan cuaca yang bersalji kembali dengan langkah tekad baru.Di Belanda,Amsterdam,tempat yang paling damai aku pernah jumpa.Suasana kota yang tenang dari bunyi bising kenderaan kerana kebanyakan rakyatnya hanya berbasikal,disini kami menetap bersama mak saudaraku yang menemani suaminya belajar di Rijswijk, Belanda.Dan sekarang,mereka telah pun pulang ke tanah air setelah suaminya berjaya menghabiskan master dalam bidang pengaliran dan saliran.Di belgium,kami melawat tempat menarik selama 2 hari dan tempatnya tidak kurang juga cantik seperti Amsterdam.


















Cuti Summer 


 St.Petersburg 


Tempat ini merupakan bandar kedua bagi Russia,dan antara tempat pelancongan di Rusia. Perjalanan dari Moscow ke St.Petersburg memakan masa selama 10 jam dengan menaiki train.Alhamdulillah,selamat pergi dan balik.Ok,Biar gambar berbicara: 


Masjid

Halal!


Melihat keindahan ke teringat kat sape ni??
Gereja




Canal cruise

Saya garang macam singa

Pemandangan ketika ber'canal cruise'

Beratur untuk masuk ke muzium,berjam-jam!!

Dah masuk dah..kat belakang tu baju kami saje tinggalkan.

Berkuda,,suatu hari nanti!

Di dalam istana yang cantik






Setakat ini sahaja rasanya,mungkin banyak lagi cerita suka duka kami disini,yang mana tidak sempat tertulis oleh aku yang malas ini.Hehe.Sedar jugak diri malas kan?Tapi InshaAllah,sama-sama berubah,buat sahabat aku,tidak kira sahabat lama di Malaysia ataupun di sini,semoga kita terus bersahabat,semoga kita terus bersama,kerna sekali kita bersahabat,sampai mati aku semat kamu dalam hati.


Buat mama tercinta,tahniah kerana anak mu ini telah menjadi remaja yang membesar dengan penuh kasih sayang,InshaAllah sedang berusaha untuk jadikan akal dan hatinya juga sama-sama membesar,akal yang dapat membezakan mana yang benar mana yang salah,mana kawan mana lawan,dan hati yang cakna dengan nasib sekeliling.Segala jasa mama,abang tidak tahu macam mana hendak balas nanti,semoga ibu jari kaki mama yang patah cepat sembuh, tunggu abang balik.Dah lama tak peluk mama dan abah ni.Dah lama tak merasai suapan mama,walaupun dah besar,hehe..tak malu..dah lama tak luangkan masa bersama di tepi pantai,anak mu ini sedia mendengar sekali lagi seribu satu cerita.



Buat abah,jaga diri tu,makan kena berpantang sedikit,nanti kita sama-sama bersihkan rumah.Buat adikku,tunggu abang balik juga,tak sabar nak dukung Arissa lagi,tak sabar nak hantar Afiq dan Aleeya ke sekolah lagi,dan ada hadiah menanti:)


Buat ustaz tercinta,semoga bertemu lagi nanti,doaku,semoga ustaz sihat sentiasa dan dipanjangkan umur,bolehlah kita mengaji bersama lagi,boleh lah aku menambah ilmu lagi.


Buat orang yang ku rindu-rindu,tidak kira siapa anda,semoga berjaya dunia akhirat.:P


 Sekian kalam berbicara, Sudah sampai ia melabuh tirai.Ku ucapkan selamat bercuti buat teman-teman dan selamat berpuasa di Ramadan tak lama lagi.Assalamualaikum..





Gratisan Musik

No comments:

Post a Comment