Monday 5 March 2012

Tentang Seorang Lelaki yang Dipanggil Abah

Assalamualaikum wbt..


7.3.1969,lahirnya seorang anak lelaki hasil dari perkongsian sepasang suami isteri,Hj.Sulong dan Hajjah Fatimah disebuah perkampungan yang tenang dari segala kesibukan,pada zaman yang masih dalam pembangunan negara mengejar kemajuan.Dan bayi itu,dinamakan Zamri,yakni bermaksud kecantikanku.

Bayi ini terus membesar seperti anak-anak kampung yang lain.Bermain,Bersuka ria,Bergelak tawa dan lain-lain lagi.Dan beliau juga semestinya telah melalui duka-duka kehidupan,sama seperti insan lain.Sampai satu tahap seterusnya,menjadi pelajar,dan juga pekerja.

Dan esok,7.3.2012 bermakna sudah 43 tahun umur 'bayi' itu.Tidak lagi bergelar bayi,bukan lagi kanak-kanak dan bukannya masih remaja,tapi seorang ayah!Dan kini beliau sudah pun berkeluarga besar,bilangan anak yang sudah mencecah angka 7 orang.Dan antara anak-anak itu adalah aku.






Apa yang menarik pada seorang ayah ini?Mari kita terokai...

Beliau bersekolah di SMA Ladang.Sekolah yang berlatar belakangkan agama.Sekolah yang agak jauh juga jaraknya dari rumah.Tamat zaman persekolahan,Beliau tidak meneruskan pengajian lagi seperti kawan-kawannya yang lain.Mungkin mengikut kata Allahyarham ayahnya yang memintanya untuk bercucuk tanam dikebun.Selepas itu,bekerjalah beliau di syarikat ayahnya sendiri.Membantu memperkembangkan syarikat dengan segala peluh keringat.Apa yang menariknya,bukan seperti anak sekarang yang mana terus berada diatas sebagai bos.Tapi bermula dengan pekerja bawahan.Dengan gaji yang sederhana,beliau terus gigih mencari rezeki untuk keluarganya.Adakalanya,terpaksa pulang lewat malam ke rumah.Adakalanya,terpaksa berjauhan dengan isteri dan anak-anak apabila ada kerja yang beroperasi di luar negeri.

Lelaki ini telah berkahwin pada 1992,pada usia yang masih muda,lebih kurang 23 tahun.Dan pasangannya itu juga masih muda,pada umur 18 tahun.Pada 1993,lahirnya pula seorang cahaya mata pertama,diselangi pada tahun 1994 dan 1996 dua orang puteri,dua orang lagi putera pada 1998 dan 2002,dan seterusnya dua lagi puteri pada 2005 dan 2010.Dan kesemua anak-anak itu kini semakin hari semakin membesar dengan penuh kasih sayang oleh kedua-dua pasangan ini.Tiap-tiap keperluan dan kehendak anak-anak ini dipenuhi dengan sedaya upaya yang termampu oleh seorang lelaki bergelar abah ini.Bersyukurlah duhai anak.

Sekarang sudah mencecah 20 tahun keluarga ini,banyak yang telah dilalui.Banyak yang telah ditempuhi.Segala suka duka,perit jerih,dan seribu satu lagi macam kenangan pahit manis semalam yang tidak tergambar dengan kata-kata,tapi tetap akan abadi selama-lamanya di,hati ini.


Abi,Abah,Papa dan tidak kiralah panggilan apa yang kita panggil,

merekalah yang telah membesarkan kita.Harusnya kita bersyukur,dan mendoakan kesejahteraan mereka...Ada satu puisi tentang ayah yang di petik dari sebuah blog:


Mungkin ibu lebih kerap menelefon kita…menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak “sudah diberitahu! jangan minum ais!”.Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata “tidak boleh!”..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya…Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..


Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa “Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya”..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..


Seorang ayah itu berbeza cara menyatakan kasihnya pada si anak,tapi tujuannya tetap sama,ingin lihat anaknya berjaya,dunia akhirat.


Semoga bahagia Selalu

Keluarga Bahagia..*arissa xde



Abah,abang ucapkan SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN KE-43..Semoga Abah terus diberi kekuatan untuk menjaga kami semua.Semoga tahun-tahun yang akan datang akan terus bermakna.Semoga keluarga kita akan terus dilimpahi barakah,terhindar dari segala musibah,terhindar dari segala perkara buruk yang tidak diingini,dan semoga kita terus bahagia bersama.

Harap dimaafkan segala silap salah anakmu yang ego ini,doakan dirinya dan tunjukkan dirinya untuk juga berjaya melalui zaman-zaman yang telah kau lalui.Segala yang baik jadikan teladan bersama,yang buruk jadikan sempadan untuk kita ingat di masa depan kelak.Akhir sekali,jaga kesihatan.:)


Dari anakmu: