Sunday 2 June 2013

Islamic Pearls: Quran and Science

Islamic Pearls: Quran and Science: The Formation of Rain H ow rain forms remained a great mystery for a long time. Only after weather radar was invented was it possibl...

Antara Hari ini dan Semalam,Mana Yang Kamu Idamkan?

Setiap orang punyai kenangan silam,punyai hari semalam,kalau tak manakan sampai sekarang bisa lagi bernama manusia.Boleh lagi membuka mata,mentadabbur alam meneroka dunia.Semalam lah yang membawa kita ke hari ini.
Dengan harapan semalam lah kita terus terus mencari.
Dengan cita-cita semalamlah kita berlari lagi.
Mencuba dan mengapai misi diri,semua diri punyai potensi tersendiri.

Namun,dalam berlari itu,kadang-kadang kita mudah layu,mudah longlai,mudah pula berpatah.

Rentak kadang-kadang semakin perlahan.
Mungkin kerna semangat itu hilang,mungkin juga kerna lupa.

Ada orang semalamnya derita,tapi hari ini dia ceria,
Ada orang semalamnya ceria,tapi hari ini dia derita,

Begitulah sebaliknya,permainan hidup ini penuh dengan perasaan yang berbolak balik.
Ada orang begitu merindui suasananya yang dulu,tapi ada pula yang mahu melupakan kenangan lalu.
Semua bergantung pada apa yang dilalui,samaada waktu senang atau susah,

Dan manusia pastinya akan memilih untuk terus dalam keadaan senang,siapa yang mahu susah dan deritakan?
Namun percayalah,setiap apa yang berlaku pada kita,ada baiknya,ada hikmahnya yang tersirat.
Bersangka-baiklah padaNya,jangan cepat menyalahkan takdir,jangan cepat menyalahkan Ilahi.
Lahir mu ini adalah anugerah dari Ilahi,alangkah penderhakanya kamu tergamak menyalahkan suratan takdir Ilahi?
Dan apabila lahirnya anak Adam,telah ditulis tentang dirinya,sebagai mana sabda Nabi:
Artinya : “Diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a katanya: baginda s.a.w bersabda: Allah SWT mengutus Malaikat ke dalam rahim. Malaikat berkata:setelah berlalu empat puluh hari Malaikat berkata lagi: Wahai Tuhan! Ia sudah berupa segumpal daging. Apabila Allah SwT membuat keputusan untuk menciptakannya menjadi manusia, maka Malaikat berkata: Wahai Tuhan! Orang ini akan diciptakan lelaki atau perempuan? Celaka atau bahagia? Bagaimana rezekinya? Serta bagaimana pula ajalnya? Segala-galanya dicatat ketika masih di dalam kandungan ibunya”. (HR Bukhari dan Muslim)


Setiap orang ada rezeki masing-masing,ada tuah tersendiri,
Cubalah cari logam dalam diri,
Moga dapat berbakti dengan cara tersendiri.

Ada orang dianugerahkan paras yang menawan,ada orang dengan suaranya yang lunak,dan sebagainya.
Ada orang pandai berkata-kata,ada yang pandai menulis.Kelebihan itu berbeda.
Setiap orang ada kelebihannya,jangan terlampau memandang kelebihan orang yang tak dimiliki oleh diri sendiri menyebabkan kita tak percaya pada diri.
Cari,carilah potensi diri itu!
Ada saja manusia yang tak bertangan,tapi boleh jadi pelukis terkenal,dimanfaatnya kaki yang ada,dengan kaki itulah ia jadikan tangan,bahkan jadi lebih hebat dari orang biasa.
Ada saja manusia yang tak punyai penglihatan,tapi boleh menghafaz kalam Ilahi.
Ada saja manusia yang tak punyai deria pendengaran,tapi boleh saja cemerlang dalam ujian.
Bahkan ada saja yang hilang segalanya,tapi lebih senang hati dari kita.
Yang pasti,kearah manakah kita menggunakan kelebihan yang diberi.

Hidup ini perlukan kekuatan,bukan hanya fizikal,tapi dalaman itu yang pasti.
Walau badai datang menerpa,kita tetap teguh dengan prinsip diri.
Jangan cepat mengalah,kalau hari ini kamu rebah,pastikan esok kamu berdiri.
Bergeraklah,tinggalkan masa lalu yang sepi,carilah masa depan yang cerah.
Kita melangkah kaki kehadapan,bukan kebelakang.
Dua mata kita diletakkan dihadapan,bukan dibelakang.

Berusahalah,sampai ajal datang menjemput.



Saturday 1 June 2013

Muraqobatullah









Beep..Beep..Beep..


Gadget yang aku tinggalkan atas kamarku berbunyi.Rupanya mesej dari temanku.
Dia cadangkan supaya malam ni untuk berkongsi ramai-ramai tentang Muraqobatullah.
Sebelum ini,aku sibuk mencari siapakah gerangan yang dapat memberikan tazkirah untuk perjumpaan Ikhwah Pushkin malam ini.
Perjumpaan di sebuah bilik di hostel kami.
Bukan perjumpaan biasa,dalamnya penuh sinar.
Setiap malam hujung minggu kami akan berkumpul untuk membacakan yassin bersama-sama dan mendengar tazkirah.
Alhamdulillah program ini baru saja bermula sebulan lepas,tapi kesannya amat baik.

Ok.

Usai bacaan Yassin yang dipimpin oleh ikhwah kita yang berkaca mata,juga seorang bakal usahawan berjaya,kami teruskan agenda tazkirah.Tugas untuk mengegola tajuk ini diberikan kepada diri kerdil ini.

Assalamuaikum wbt.Alhamdulillah summa Alhamdulillah dapat kita bertemu lagi bla bla bla bla..

Apa itu Muraqobah? Apa itu pula Muraqobatullah?

Lantas dirujuk pada bakal bahasa kami,oleh kerna dia pernah belajar arab dan belajar di negara arab untuk beberapa waktu sebelum ditakdirkan untuk berjuang di bumi Salju.

Muqarobah tu dari perkataan qorib.
Pernah dengar 'kawan qarib' ? ohhhh baru paham!

Tapi.................
Muqarobatullah itu apa pula?
Lantas balas abang berkopiah kita,'merasa kebersamaan Allah bersama kita'.

Ohhhh baru jelas...


Tapi................
Oh sebelum itu,mari kita semua rujuk dulu ayat cinta kita.


Ayat yang dipilih adalah dari Surah Qaf,ayat 16-19

Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,
(Qaaf 50:16)
Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya.
(Qaaf 50:17)
Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).
(Qaaf 50:18)
Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "Sakaratulmaut" membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): "Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!"
(Qaaf 50:19)

Untuk lebih paham lagi apa yang cuba disampaikan dari tadi,aku cuba beralih kepada ayat 16.
"Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hati dan kami lebih dekat dari urat lehernya".
Sedangkan hati berbisik pun boleh tahu,ini sungguh dekat ni.Mana bisa manusia tahu apa yang ada dalam hati temannya yang lain.Mustahil!

Dibaca pula terjemahan ayat seterusnya,,semakin terasa diri diawasi.Duppppp...
Ohhh selama ini kita merasakan kita ini bebas,boleh berbuat apa saja.Pantang tiada orang lain terus jadinya.
Kadang-kadang diri ini sungguh hina,depan orang berlagak alim,dipijak semut tiadalah mati.
Tapi bilamana tika bersendirian,malaikat cabut lari.Syaitan menguasai diri.MashaAllah!

Berapa antara kita yang boleh menahan godaan ini bila bersendirian? Dibukanya laman web yang menonjolkan 'binatang' nafsu.Aduh teruk sungguh tamadun manusia dipandu hawa nafsu,hancur!

Berapa ramai antara kita yang boleh jujur?
Dalam berniaga penuh tipu muslihat,dalam bekerja penuh alasan bermalas-malasan.
Dalam belajar berapa ramai yang telus,yang tak meniru.
Dalam apa jua situasi,berapa ramai yang betul-betul takutkan Allah? 

Yang merasakan diri ini diperhati,diawasi setiap saat!

Ok.
Stop!berhenti merungut,berhenti dari mengeluh,berhenti dari mengeluarkan peluh yang sia-sia.

Kita mahukan jalan  penyelesaian,jalan penyuluh dari kegelapan,bukan pengeruh keadaan.

Kita dengar jawapan dari Ikhwah Pushkin malam itu.

Soalannya macam mana nak rasa Allah itu dekat?


Abang bijak Physiologi mengemukakan ideanya.Panjang juga bicaranya.Katanya dia kurang pasti macam mana nak ada sifat kebersamaan dengan Allah itu,tapi katanya untuk kearah itu perlulah ada KESEDARAN.
Ditanya balik,macam nak ada kesadaran kepada temannya yang lain.


Masing mengemukakan idea masing-masing,sesuai dengan ilmu yang ada,dengan kefahaman yang ada.
Ada yang mendatangkan jalan cerita untuk menambah kefahaman kami,tak kurang juga ada yang datangkan perbandingan yang mengelikan hati.


Lantas bersuara seorang teman kita,badannya cukup tough,cocok dengan wataknya yang penuh kemacho-an.hehe

"Boleh aku tambah?"
"Aku rasakan yang kita perlu ada sifat hipokrit dulu mula-mula ni.Bila kita buat sesuatu jangan hiraukan kata orang,just proceed dengan apa yang kita buat,ikutlah apa kata mereka,Hipokritlah,dustalah ,cakap tak serupa bikin lah.Yang penting kita jaga hati kita."


Betul tu bang.
Biar kita malu dengan manusia untuk permulaan ni.Malu untuk buat sesuatu yang tak elok,walaupun niat kita itu sedikit terpesong kerna kita tidak melakukan perkara yang dilarang bukan keranaNya.Tak apa! daripada hilang terus sifat malu mu pada manusia,itu lebih baik aku rasa.Teringat kata seorang ustaz yang membicarakan tentang salah satu dari hadis Nabi.
Katanya 'kalau kamu tak ada perasaan malu,buatlah apa yang kamu nak buat'.Nah!!
Penting juga malu ni kan?Tapi biarlah bertempat.

Mencelah pula sahabat seorang lagi.Katanya untuk merasakan diri ini dekat dengan Allah ini,para ulama pun masih mencari.Katanya susah nak cari perasaan ini,tapi yang penting mulakan lah dengan hati yang suci,berkawan dengan orang-orang yang baik dan bila bosan merasakan diri sendiri cepat-cepat cari teman diajak berkomunikasi,agar bosan itu tidak menjerumuskan kita kepada perbuatan yang terkeji.

Akhir sekali,salah seorang saudara kita berpesan,bila rasa futur je,cepat-cepat kembali,muhasabah dan renung kesalahan diri.

Jam ditangan mununjukkan waktu melepasi jam 12 tengah malam.Kami akhiri dengan solat Isyak berjemaah dan salam pengundur diri.

Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda : " Barang siapa menempuh perjalanan dalam rangka mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalannya menuju surga "
Dari Ibnu Abbas ra, Rasulullah SAW bersabda : " Jika engkau melewati taman-taman surga, maka nikmatilah ". Para sahabat bertanya : " Apakah taman-taman surga itu wahai Rasulullah ? ". Rasulullah SAW menjawab : " Majlis ilmu " (HR Thobroni)


Sekian.Moga bermanfaat. 



Thursday 30 May 2013

Hidup

Hidup adalah pertarungan dan tiada pertarungan tanpa kekuatan. Bertarung tanpa kekuatan, akan mengakibatkan kekalahan. Lebih parah lagi apabila yang keluar dari pertarungan kerana tidak memiliki kekuatan.

Hidup adalah cinta dan tiada cinta tanpa kerinduan. Mencintai tanpa kerinduan adalah hambar dan lebih hambar lagi jika tidak merindui kerana tidak memiliki cinta.

Hidup adalah harapan dan tidak ada harapan tanpa usaha. Berharap tanpa usaha adalah kekosongan besar dan lebih kosong lagi apabila orang yang tidak mahu berusaha kerana tidak memiliki harapan.

Hidup adalah bergaul dan setiap pergaulan pasti berlaku pergeseran. Bergaul tanpa ingin bergeseran adalah kerdil. Lebih kerdil lagi apabila yang tidak ingin bergaul kerana tidak ingin berlakunya pergeseran.

Hidup adalah perjuangan dan setiap perjuangan memerlukan pengorbanan. Berjuang namun takut berkorban adalah suatu senda gurau. Lebih lawak lagi jika ia tidak mahu berjuang kerana takut berkorban.

Hidup adalah pejuangan dan setiap perjuangan memerlukan senjata. Berjuang tanpa senjata adalah sia-sia. Lebih sia-sia lagi bagi yang tidak mahu berjuang kerana merasa tidak mempunyai senjata.

Hidup adalah perjalanan dan setiap perjalanan pasti memerlukan perbekalan. Menempuh perjalanan tanpa bekalan adalah kebodohan. Lebih bodoh lagi orang yang tidak mahu berjalan kerana merasa tidak mempunyai bekalan.

Hidup adalah pilihan dan setiap pilihan pasti mengandungi risiko. Berani memilih namun tidak berani menanggung risiko adalah keburukan. Lebih buruk lagi jika tidak berani memilih kerana takut risiko.

Apakah Ertinya Andai....

Duhai yang mengaku dirinya ditarbiyyah,


Apakah erti tarbiyah?
Andai tidak menyentuh hati untuk khusyuk, 
Andai tidak meransang lidah untuk berkata yang baik, 
Andai tidak menggerakkan anggota untuk beramal. 

Apakah erti tarbiyah? 
Jika mulut lantang berbicara,
Tangan hebat mengangkat pena,
Tetapi amalmu?
Entah ke mana.

Apakah erti tarbiyyah?
Jika niatmu serong. 
Sekadar berangan kosong. 
Allah bukan lagi ghayahmu.

Apakah erti tarbiyyah?
Jika kamu saling mengecam,
Antara satu sama lain? 
sedangkan,
matlamat kita satu.
  
Duhai yang mengaku dirinya ditarbiyyah,
Sampai bila mahu tidur dalam jaga? 

Ingatlah sahabatku, 
Syaitanirrojim itu,
Hebat mengatur langkahmu,
Menghias futurmu.
Disangkakan banyak amalanmu,
Dirasakan banyak sumbanganmu,
difikirkan 'aku yang betul'
tapi sebenarnya,
‘tempang’ di medan jihad?

Sedang Allah, 
Paling tahu apa yang engkau kerjakan.

Ayuhlah beristighfar,
Tatkala kita bangga mengatakan,
Kita mengikut jalan tarbiyah, 
Tapi zahirnya tidak mencerminkan
apa pun! 

Asaklah hati untuk lembut mengingatiNya, 
Tahanlah lidah daripada berkata yang tidak bermanfaat, 
Tangkaskan kaki dan tangan untuk maju bergerak.

Kerana,
Kalau diri sendiri tidak mahu, 
Datanglah seribu Murabbi Super Saiya sekalipun,
Engkau takkan mampu berubah, 
Selagi kau tidak mula berubah! 

IKRAM SISWA UNIMAS

Sunday 26 May 2013

Kembali dengan Doa dan Taubat

Assalamualaikum wbt..

Jalan Pulang............


Cuba kita ambil masa sebentar,

pejam mata dan renung seketika,
dalam hidup ini,berapa banyak dosa kita telah lakukan?

Siapa yang tak pernah buat dosa?Siapa tak pernah buat silap?

Cepat cakap!!
Tak ada siapa kan berani mengaku yang dia tak pernah buat silap.
Tapi mengapa kita tetap dengan keegoan kita?
Perbuatan kita sehari-harian seolah-olah mengambarkan yang tidak ada penyesalan sedikit pun?

Itu sebabnya hati kita semakin lama semakin keras lagi hitam.

Tiap kali anak adam itu melakukan dosa,tercatitlah bintik-bintik hitam pada hatinya.
Maka kacau bilaulah hidupnya,
Hidup tanpa arah tujuan,
Tiada matlamat yang jelas,
Apa yang difikirkan hanyalah kepuasan syurga Duniawi!

Tidak hairanlah kita tengok ke sekeliling kita,pelbagai masalah sosial yang timbul.

Bukak surat khabar je,mesti ada kes zina,anak luar nikah,bunuh dan lain-lain lagi.Terukkan?
Tapi apa kita boleh buat?
Kalau kita sendiri pun tunggang langgang.

Ok,stop membebel...

Kita tahu yang kita tidak pernah lepas dari dosa.
dan kita tahu yang Allah takkan biarkan kita begitu sahaja dengan dosa.
Samada kita menyerah diri dahulu,atau terpaksa serah diri dengan menerima azab yang pedih tanpa sempat diberi pengampunan.

Jadi wahai sahabat,diri ini bukanlah siapa untuk bercakap hal ini,

Tapi aku cuba untuk sampaikan apa yang aku paham,apa yang aku lalui,
mudah-mudahan sedikit sebanyak terkesan dalam kehidupan kita seharian.

Orang bertanya,macam mana nak bertaubat?

Tapi sebelum itu mari ambil pengajaran dari kisah nenek moyang kita dan musuhnya dahulu.

11. Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu (Adam), lalu Kami bentuk tubuhmu, kemudian Kami katakan kepada Para Malaikat: "Bersujudlah kamu kepada Adam", Maka merekapun bersujud kecuali iblis. Dia tidak Termasuk mereka yang bersujud.

12. Allah berfirman: "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu aku menyuruhmu?" Menjawab iblis "Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang Dia Engkau ciptakan dari tanah".

13. Allah berfirman: "Turunlah kamu dari surga itu; karena kamu sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya, Maka keluarlah, Sesungguhnya kamu Termasuk orang-orang yang hina".

14. iblis menjawab: "Beri tangguhlah saya[529] sampai waktu mereka dibangkitkan".

15. Allah berfirman: "Sesungguhnya kamu Termasuk mereka yang diberi tangguh."

16. iblis menjawab: "Karena Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus,

17. kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).

18. Allah berfirman: "Keluarlah kamu dari surga itu sebagai orang terhina lagi terusir. Sesungguhnya Barangsiapa di antara mereka mengikuti kamu, benar-benar aku akan mengisi neraka Jahannam dengan kamu semuanya".
(QS. Al-A’raaf: 11-18)

Lihatlah,keegoan iblis memakan dirinya,

kalaulah dia memohan ampun dan bertaubat tiadalah salahnya,
tapi dia tetap melawan Penciptanya,
kerna dirasanya lebih mulia.

Balasannya,diusir dari syurga,

dan sampai sekarang,
kerjanya hanya menganggu manusia,
supaya jadi terlaknat terhina sepertinya.

Lihat pula kisah Datuk kita,nabi Adam bila dikeluarkan dari syurga kerna tertipu dengan iblis,


"Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescayalah pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi." (QS. al- A'raf: 23)

Contohilah nabi kita,
apabila bersalah melakukan perkara yang dilarang,cepat-cepat memohon ampun pada Tuhannya.

Ingatlah teman,Allah sentiasa mahu hambanya memohon ampun dan berbuat kebaikan.

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadaKu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa dekat (kepada mereka) Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. 
Al-Baqarah :186

Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun).
Al-An'aam :160

Ayuh teman,kembali ke pangkal jalan,
jalan para Anbiya'.
Berdoalah agar kita termasuk golongan yang didekatkan padaNya.

Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! 
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) !
Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia 
Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!
Al-Fajr:27-30

Tidak mahukah kita?

Saudara yang dilupa-lupakan.

Tika mana engkau berjuang kernaNya,
aku berpeluh kerna harta,

Tika mana engkau terkorban sebagai syuhada,
aku hanya disebukkan dengan korban jalanraya dan dari jalan zina,

Tika engkau di bom diletupkan tinggal sisa,
aku pula diserang dengan hiburan menodai jiwa,

Itulah saudara sehidup semati katanya,
hanya manis di qalam pena,
hanya gah di alam maya,
tapi hakikatnya,
engkaulah yang merana.

Kau tanya dimana saudara seakidahnya,
dimana insan yang dikatakan bernama manusia juga,
mengapa bantuan tak kunjung tiba?,
aku pula diam seribu bahasa,
kerna tak mampu berbuat apa-apa.

Aduhh celaka aku,
ya,kau-kau semua dan aku,
kerna biarkan engkau hidup derita,
taktala aku semua boleh tidur lena.

Jangan engkau berduka saudara,
kerna bilamana qalam mu adalah quran,
dan bilamana titisan air mata dan darahmu adalah sungai-sungai di syurga,
mengapa perlu ditangis lagi kerna seorang 'perempuan tua' ?

Kelak bantuan kan tiba,
Baitulmaqdis,Damascus akan kembali kepada kita,
Tapi selagi mana iman belum dijiwa,
sampai bila pun takkan kunjung tiba.

Ayuh teman,mantapkan iman,tembakkan doa dan wang.

Thursday 2 May 2013

Bosan?


Aneh bila ada orang cakap(kadang diri pun ada juga):
"Bosanlah hari ini"
"Saja habiskan masa"
"Tak ada apa nak buatlah"

Alahai rugi derrrr..Orang lain tercari-cari masa yang ada ni untuk digunakan sepenuhnya.
Lihatlah orang sakit,ditunggu-tunggunya waktu sihatnya,bilalah dapat sembuh.
Lihatlah diri mu sendiri tatkala exam,tercunggap-cunggap untuk habiskan pembacaan.Lihat?

Jadi sempena tengah cuti ni jom manfaatkan masa untuk perkara berfaedah.Hidup ini adalah untuk membuat pilihan.Pilih lah bekal amalan yang boleh dibawa ke sana.Boleh jadi mati mu besok dah..

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal- amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik - derhaka.

59:18-19

Teringat sabda Nabi;“Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.”

Sunday 28 April 2013

Selamat Ulang Tahun Mama!

29.4.1974

Tarikh ini,mungkin biasa bagi kalian,tapi tidak aku.
Tarikh ini lahirnya seorang pejuang wanita yang tidak mengenal erti lelah,jerit perit,susah payah,
Lahirnya seorang yang digelar MAMA dalam bahasa manjaku.
Atau bahasa ramai dipanggil seorang IBU.

Sekali lagi,seorang yang bila kamu memandangnya apalah sangat jasanya padamu,
Tapi tidak pada diri ku,
Kerna insan inilah,kerna tubuh itulah yang melahirkan aku,
Yang sentiasa membelai aku.

Tika mana aku belum lahir lagi,
Perjalanan aku 9 bulan disana diambil pedulinya dengan penuh teliti,
Masa itu juga dia diuji dengan perasaan yang entah apa rasanya,
Diuji dengan perut yang sarat lagi menyeksakan bagi mata yang memandangnya,
Dibawanya kesana,dibawanya kemari,dimana-mana saja dia pergi,
disitu adanya diri kerdil ini.

Tatkala sampai waktunya untuk aku mengenal dunia,
Dia mengerang kesakitan,sakitnya bukan kepalang,tak tertahan.
Bila saja diri ini didakapannya,sakitnya terus hilang,
Itulah kuasa ajaib sang ibu,

Kini umurku 20 tahun 26 hari.
Kalau dulu aku menangis kerna takut bila kau tiada disisi,
Tapi kini aku tak gentar lagi,
Kerna aku sedar yang menghubungkan kita bukan diri,
tapi hati yang saling mengingati.

Maafkan diri ini,
Kalau sentiasa menyusahkan,
Kerna sentiasa menyakitkan,
Tapi kini aku sedar yang diri ini,
Takkan sampai ketahap ini,
Tanpa sebatang ROTAN. (hehe)

Segala keluhan mu mana mungkin aku lupakan,
Tika mana ku lihat ketar tanganmu tika memandu,
Untuk menghantar anak-anakmu demi ilmu,
Segala pesan mu mana mungkin aku biarkan hilang,
Kerna nasihat mu penuh pedoman,
Ajarkan aku erti kehidupan.

Disini aku mahu ucapkan,
Terima kasih atas kasih sayang,
Dan kerna kau telah buktikan,
Yang kebaikan itu ada pada dalam diri tiap insan,
Bukan hanya pada insan yang berkopiah atau berserban,
Tapi untuk semua yang bergelar insan,
Disetiap lapangan kehidupan.

Kata-kata kadang-kadang hanya dapat mengambarkan,
Tak cukup untuk membuktikan,
Yang betapa mendalamnya kasih sayang,
Betapa hebatnya perasaan cinta antara aku dan kamu,antara seorang ibu dan anaknya.
Biarlah,biarlah segala pahit manis kita sekeluarga lalui kekal di ingatan,
Biarlah,biarlah sejarah kita yang merakamkan segalanya.

Akhir sekali,doakan anak mu ini agar jadi orang yang berguna kelak.Selamat ulang tahun ke brapa ye? 39 kan?wahhhhh mudaaaaa nya..hehe..tapi nanti bila masuk umur 40 dah nampak macam tua dah sikit..hehe







Monday 15 April 2013

Stress!!

Kenapa Berdukacita?

Tidak dapat tidak, dalam hidup yang semakin mencabar saban hari. 'Stress' itu sentiasa ada. Ujian itu sentiasa hadir. Tidak kira siapa anda, saya sendiri pun.Tidak akan terlepas dari perasaan ini. Ditambah pula bila terjun dalam bidang perubatan yang mana saban hari sentiasa perlu hadapkan ke muka buku. Ditambah lagi dengan tinggal di bandar besar seperti Moscow yang mana saban hari perlu berkejar ke kelas berpagi-pagian lagi,terpaksa ditinggalkan katil yang empuk,selimut yang terasa seperti batu,berat untuk diangkat. Ditambah pula dengan bunyi kereta api bawah tanah yang bising memekik,ditambah pula dengan cuaca yang sejuknya mencengkam,bila saja angin datang bertiup,terasa badainya menyapa sampai ke tulang putih. Tidak kurang juga dengan perangai lecturer yang banyak 'songeh',bisa saja kalau diri ini mahu bersikap pasif. Mahu saja diri ini tutup mata,tutup telinga,dan kunci hati dari memikirkan masalah ini semua.. Ada orang juga stress bila dapat result peperiksaan yang rendah.Ada orang juga boleh stress dengan perangai kawan. Ada orang juga stress dengan nasib diri yang serba tak cukup. Dan stress..stress....stressss.........!!!! Arghhhh...

Tapi benarkah kalau ini dinamakan sengsara? Benarkah hanya perkara ini yang menjadi punca kita untuk stress? Ada orang boleh menganggap perkara seperti ini biasa saja,tapi ada orang memandang semua ini dengan perasaan yang berat. Benar, anda stress,saya juga sama. Tapi adakah dengan sebab ini saja kita boleh untuk berputus asa dari rahmat Allah? Lupakah kita pada firman Allah? Lupakah pada janjiNya untuk mereka yang beriman? Lupakah kita? Dan yang paling penting,adakah kita telah lupa pada janji kita padaNya? Lupakah kita pada hadaf asal penciptaan Adam di atas muka bumi ini?

Firman Allah Ta’ala:
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku." -Surah Adz-Dzariyat: Ayat 56
Wahai diri yang berdukacita, anggaplah segala ujian yang menimpa kita, segala mehnah dan tribulasi yang hadir ini sebagai jambatan untuk kita lebih dekat kepadaNya. Untuk kita lebih kerap bersujud, berdoa, merintih kepadaNya.
Boleh jadi Allah sayang kepada kita,oleh itu Dia hadirkan pada kita bermacam-macam jenis dugaan,ujian agar kita terus berdoa kepadaNya. Jangan kita dipalingkan oleh nikmat dunia yang menipu daya,Mata'un ghurur. Jangan juga bersedih lihat orang yang hidupnya penuh dengan kenikmatan dan kemewahan,boleh jadi Allah mahu menyesatkan orang itu,menjadikan dia terus melekat dalam jahiliyyahnya,terus terpedaya dengan duit yang dimiliki,anak-anak yang ramai.Boleh jadi macam itu. 
Wahai diri yang bersedih, anggaplah setiap perkara yang menimpa itu sebagai warna-warni kehidupan anda. Kalaulah warna di dunia ini hanya satu, semua akan jadi hambar. Segala nikmat  warna alam seperti hutan menghijau,langit tinggi yang biru,air sungai yang jernih, gunung ganang bahkan manusia pun hilang serinya.Anggaplah ini semua sebagai penyeri hidup kita. Kalau hidup ini hanya untuk suka-suka,main-main saja alangkah ruginya. 
"Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?" - Surah Al-Mu'minuun: Ayat 115
Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Ia Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. -Surah Al Mulk : Ayat 2
Teman, janganlah urusan dunia ini menjadi suatu perkara yang besar dalam hidup kita. Janganlah kita hilang sesuatu itu menyebabkan kita jadi separuh gila.jangan!Lupakah kita yang Idola kita Muhammad SAW lebih teruk diuji?lebih dukacitanya dari kita.
 Baginda diuji dengan kematian demi kematian,sejak dari Baginda kecil,sampai akhir hayatnya.
Tapi baginda tetap teruskan dakwahnya,tidak sedikit pun mengalah,atau paling kurang memperlahankan gerakannya,bahkan terus hebat menyampaikan mesej Islam.Dan hasilnya,sampai kini Islam terus berkembang dan sampai pada kita.Tidak mahukah kita ikut cara baginda? Semakin diuji,semakin kuat.Atau paling kurang mencontohi akhlak sahabat-sahabat baginda yang memperluaskan syiar Islam ke pelusuk dunia?

Tidak mahukah kita hidup berjuang?
Kerna hidup tanpa perjuangan ibarat kamu telah mati.
Mati dari pengharapan,mati dari segala cita-cita.
"Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suatu tauladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah dan keselamatan dihari kiamat dan banyak mengingat Allah." -Surah Al-Ahzab : Ayat 21
Akhir sekali,ingin sekali diri mengajak teman untuk sama-sama menghindarkan diri dari perasaan dukacita,stress yang boleh menjatuhkan diri sendiri,anggaplah semua itu cabaran,bukan ujian.

Ada kisah tentang monyet dari sebuah filem.
Seekor monyet ini memanjat sebatang pokok kelapa,
dan ada tiga jenis angin yang bertiup.
Angin yang perlahan,sederhana dan kuat macam taufan.
Kala monyet itu mendaki pokok sampai kepuncaknya,angin bertiup kencang dan monyet dengan segala kudratnya cuba untuk bertahan,bersungguh dia memegang erat pokok kelapa itu,dan angin itu berlalu,monyet itu selamat jua.
Dan angin seterusnya angin yang cukup perlahan,monyet itu terasa girang kerna dapat menikmati pemandangan yang indah dari puncak pokok kelapa itu.Dan tanpa sedar dia telah melepaskan tangannya dan akhirnya..

Dummmmmmm...terjatuh monyet itu ketanah..

Begitulah kita,perjuangan kita,walau dibidang mana sekalipun, harus kita untuk bersungguh-sungguh berjuang,walau diuji,walau apa-apa yang datang,kita tetap berpegang kuat pada janji Allah,bersandar erat pada KalamNya dan Sunnah RasulNya.
Jadi sambutlah kedatangan stress itu dengan hati yang tenang. Waallahua'lam

Thursday 10 January 2013

azamrussia: Apakah Ini Dinamakan Cinta?

azamrussia: Apakah Ini Dinamakan Cinta?: “Awak, a wak suka makan apa?” tanya Mr H. “Laksa. Kenapa tanya tiba-tiba ni?” jawab Miss Z. “Eh, eh, sama la kita! Lepas tu letak cili ...

Wednesday 9 January 2013

Hari Kebangkitan..Dimanakah kita?


Satu keinsafan bila kita fikir-fikir balik kesudahan kehidupan kita di dunia ini..
Mari tengok video-video dari Ustaz Harun Din ni.InshaAllah akan menambahkan keyakinan kita akan kebenaran hari kebangkitan:






Semoga bermanfaat :)

Tuesday 1 January 2013

Mari Berubah kerna Dia



PERUBAHAN..APA TUH????????????


Banyak kali dengarkan,kalau tahun baru mesti ramai je yang nak pasang azam baru.ramai je kan?termasuk diri yang tengah menulis ni..tapi sebenarnya lah kan,betul ke cara kita ni?

takkan nak berubah perlu tunggu setahun?
takkan kot..
dah tu,ada yang akan tanya,takkan tak nak berubah?dia nak berubah kire ok pee..

sebenarnya lah kan,(pendapat sendiri),nak berubah tak perlu tunggu waktu sesuai,tak perlu setahun,tak perlu esok..tapi mulai dengan sekarang!!..

alah,,,,ko cakap senang la derr..kO memang asal2 lahir kat bumi ni malaikat..aku ni,ko mana tahu macam mana susahnya aku nak jadi baik.aku serik dah nak jadi baik..lebih baik aku tak perlu ambil tahu pasal ni..aku hidup cara aku je..apa aku peduli,dah memang aku macam ni.
Aku seorang je yang kenal siapa aku..

Aduhhhh!!!!!!!!!!

Macam mana ni??
kalau ini alasan yang diberi?apa kita nak jawab haa??

Ok..

Sebenarnya,Allah yang Maha Pengasih dan Pengampun,Maha Mengetahui isi hati hambaNya.
takkan lah dia nak biarkan hamba nya terumbang ambing..lagi2 hamba-hamba yang mahu berubah mencari tuhannya.

Mari kita ambil kisah ayah dan anaknya..

Suatu hari,ayah membawa anaknya berjalan ke bandar.Jalan yang lurus dan sekelilingnya hijau dengan pepohon sememangnya menyegarkan mata yang kuyu di pagi itu.Dalam kereta,bagi mengisi kesunyian suasana ketika itu,si ayah membuka bicara..

Ayah;Nak,berapa lama dah anak hidup?

Anak(Aiman);Man dah 15 tahun hidup Bah.kenapa Abah tanya?bukankah Abah dah tahu ke?peliklah Abah ni.

Ayah;taklah,Abah sengaja je tanya Man.maknanya,dah bertahun-tahun la Aiman lalu jalan ini kan?cuba Aiman tengok apa kat pokok-pokok ni.Apa yang istimewa tentang mereka?

Anak;tak ada apa-apa pun bah..Cuma sekarang tinggi jelah,dulu rendah je Bah..

Ayah;itu je Aiman nampak?

Anak:hurmmm...

Ayah;Sebenarnya,bukan ketinggian pokok tu je yang berubah,banyak lagi yang turut berubah.Daun pokok yang Aiman lihat sekarang ni,tak sama tau dengan daun pokok yang ada tahun lepas yang aiman tengok..Dalam diam-diam,mereka berubah..Jadi,Aiman pula macam mana?dah 15 tahun hidup ini,apa yang Aiman buat?

Anak;errrrrrrr....


so,

apa moralnya dengan cerita tak best ni?hee..

Tidakkah engkau memerhatikan, bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu dialirkanNya menjadi mataair- mataair di bumi; kemudian Ia menumbuhkan dengan air itu tanam-tanaman yang berbagai jenis dan warnanya; kemudian tanam-tanaman itu bergerak segar (hingga ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; kemudian Ia menjadikannya hancur bersepai? Sesungguhnya segala yang tersebut itu mengandungi peringatan yang menyedarkan orang-orang yang berakal sempurna.
Az Zumar:21

Lihat lah pokok,dalam diam mereka berubah,dari kehijauan jadi kekuningan dan akhirnya luruh semua daunnya tatkala musim luruh datang,dalam musim sejuk mereka mengumpulkan tenaga.Manusia menyangkakan mereka telah mati.Namun,sabar...mereka segera akan bangkit bila berakhirnya musim sejuk.Pucuk-pucuk hijau mulai tumbuh menandakan permulaan kembali kehidupan.MashaAllah..Itu baru pokok.

Tidak lagi kita lihat dalam badan kita ini,bagaimana setiap sel badan ini sentiasa melakukan perubahan.sel darah merah contohnya,akan sentiasa berganti selang 120 hari.
DNA manusia,turut berubah,dari tahap replikasi,transkripsi dan translasi.Cuba fikir,apa jadi kalau mereka-mereka ini,degil dan tak nak berubah?sedangkan mereka yang tak ada akal ini berubah,kita yang ada akal ini MEMANG PATUT BERUBAH!

Belum cukupkah bukti yang Allah tunjuk?
Kerasnya hati kita kan?
Dah tahu,tapi tetap tak mahu.tak mahu berubah menjadi lebih baik dari semalam.

Sabda Nabi,
"Barang siapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam, dia adalah orang yang beruntung. Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam, dia adalah orang yang rugi. Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam, dia tergolong orang yang dilaknat Allah SWT."

Jadi nak ke kita dilaknat?Nauzubillah! :(

Ayuh sahabat,hirau kan orang yang menulis ini,tapi dengarlah apa yang dikongsi ini.
InshaAllah,jika kita berubah kerna Allah,Allah akan menunjukkan pada kita jalan orang yang sangka kita akan tewas,tapi sebenarnya tidak.Allah akan datangkan sakinah dalam diri ini,InshaAllah mari kita bersama,berubah kerana Allah!

FirmanNya:Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.
Ar-Ra'd:11

Semoga Allah redha dan tetapkan hati ini sentiasa dalam keadaan ikhlas :)