Sunday 3 June 2012

Selamat Tinggal 1st year!

Assalam.. Lama ku kira tak diupdate blog ni..kerna kesuntukan masa maybe,,aku terpaksa melupakan sebentar yang aku pernah punya blog untuk bermadah.. Sekarang,sudah lebih separuh daripada tahun 2012 kita telah lewati.Sedar tak sedar,sekelip mata sahaja,kita sudah berada di bulan 6.Dan ini menandakan yang aku sudah hampir untuk pulang ke tanah air yang dicintai. Sekejap je kan?rasanya baru sahaja semalam aku disini.Ditemani teman-teman persejuangan susah payah bersama,segala suka duka,gelak tawa,pahit manis telah hampir berjaya dilalui.Terima kasih sahabat!Tanpa mu semua,aku takkan sesekali menjadi kuat disini. Balik nanti mesti banyak perubahan yang telah berlaku kan?yalah,sudah hampir setahun aku disini,tahun yang banyak merubah aku untuk menjadi lebih dewasa,mengajar aku erti kasih sayang yang sebenar dan tak kurang juga mengajar aku erti pengorbanan yang harus ditempuhi.Yang last sekali,mengajar aku erti rindu! Memang! Memang aku rindu pada mereka. takkan pernah untuk aku lupa pada orang tua dan keluargaku,yang telah melahir dan membesarkan ku. takkan pernah aku lupa pada guruku,yang telah mengajar aku ilmu-ilmu yang luas ini. takkan aku lupa pada ustazku,yang mengajar aku kenal mana yang baik,mana yang buruk. dan takkan aku lupa pada sahabat-sahabat lama dan selamanya..semestinya tidak! Alhamdulillah aku panjatkan kepada Penciptaku,kerna Dia telah mempermudahkan segala urusan ku disini.Tanpa lindungan Dia,entah apa yang telah terjadi padaku. Sekarang tinggal satu lagi ujian dunia yang harus ditempuhi,final biology.Harapannya agar aku dapat result yang sesuai dengan usaha aku,kalau tidak dapat tak apalah,sekurang2nya aku telah mencuba.Harapnya betul lah apa yang aku ungkapkan ini..redha dengan apa keputusan yang diperoleh! belajar untuk redha kadang kala memang susah,dikala mulut ungkapkan kalimah redha,tapi hati mesti berbisik walau secebis,mengatakan kalaulah usaha sedikit lagi,mesti dapat..pernah tak terfikir macam ni?pernah kan?normal lah tu.. lepas habis exam nanti,kena praktikal pulak 3 minggu disini,lepas itu baru dapat balik..huhuk doakan yep! dou svidaniya..