Saturday 28 January 2012

Kita kata Kita Kuat?

Assalamualaikum wbt..

Salam sejahtera..Apa khabar?harap sihat semuanya..

Alhamdulillah,,kerna hingga ke saat ini masih bernama seorang Manusia..Masih lagi seorang Insan..Masih lagi seorang hamba Allah..dan mungkin,,seorang khalifah atau pemimpin,kalau bukan pemimpin kepada yang lain,cukuplah kepada diri sendiri yang sentiasa berjuang dengan hasutan syaitan dan nafsu yang sentiasa memberontak.Alhamdulillah..

KITA KATA KITA KUAT,,

tapi benarkah?

Apa yang aku cuba kongsikan ni?

Yep,,kita memang kuat..kalau tidak,takkan sampai ke saat ini,kita masih mampu bernafas,bergerak dan beribu-ribu lagi perkara yang mampu kita buat dengan kudrat yang ada ini..Lebih-lebih lagi pada usia yang masih berdarah mudah ini..Habis semua benda ingin dicuba..

Tapi setiap kekuatan yang ada pada kita,,jangan sesekali bangga dengannya..Sebab hidup ini ada naik turunnya..Cuba bayangkan kembali saat-saat kita ditimpa musibah,disaat tiada siapa lagi dapat membantu kita..Sebab tu jangan lupa diri,,jangan riak,,jangan takabbur di waktu senang..

Kerna kita belum diuji!!

Aku ambil contoh aku dan kawan-kawan seperjuangan di sini,kami diuji dengan perasaan yang sentiasa berbolak balik yang sentiasa rindukan suasana tanah air tercinta,dengan islamofobia nya disini.dengan ancaman dari sesetengah orang rusia yang bencikan Islam.Ada pelajar perempuan yang disimbah cili lada dimuka,ada yang diludah entah kenapa,aku sendiri juga pernah bertembung dengan sekumpulan budak nakal yang mengajak aku dan kawan-kawan bertumbuk sambil mengacukan pisau.Tapi Alhamdulillah,dengan lindungan Allah mereka tak buat benda yang pelik.Kalau difikir,baru ujian kecil,kita sudah cemas..Macam mana kalau diuji dengan penderitaan yang dialami saudara seislam kita yang tertindas di Palestin,di Iraq,dan dimerata-rata tempat lagi yang ibu ayah entah kemana,masih hidup atau terkorban diseksa oleh kafir-kafir laknatullah..

Saat cemas itu,dimana kekuatan kita?Siapa yang kita ingat?

ALLAH kan?

Yep,saat itu,
hati takkan pernah putus mengingatiNya
mulut tak henti-henti berdoa kepadaNya

Saat kita diuji dengan ujian yang merosot dalam pelajaran contohnya,walaupun belajar tidak tidur malam,kelas tidak ponteng.Nota sentiasa siap,assignment sentiasa dibuat,tapi masih lagi tidak dapat yang kita mahu capai.Siapa tempat kita mengadu?

ALLAH kan?

Yep!,,fitrah manusia beriman,pasti akan kembali kepada Rabb nya jua..Oleh sebab tu lah,kita mesti sentiasa ingat Allah.Saat senang,saat susah,saat kuat,saat lemah longlai tidak berdaya.
Jangan pernah lupa akan nikmat-nikmatNya dan jangan pernah menyalahkan takdir Allah.
Sesunguhnya Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.Dia beri apa yang kita perlu,bukan apa yang kita mahu.

Seperti mana firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 216:

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; DAN boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

Dalam hidup,kita memang harus kuat.Tapi kekuatan bukanlah untuk ditunjuk,dan kekuatan itu bukanlah bersifat fizikal semata-mata,tapi biarlah kekuatan dalaman,kekuatan akidah yang kita kejar,agar walau dibumi mana kita dicampak,kita tidak akan berubah disebabkan faktor sekeliling,tapi biarlah kita yang merubah orang disekeliling kita.Jadilah kita ikan dilautan,tidak berubah sifat tawarnya dalam air laut yang masin.Nabi pun lebih sukakan umatnya yang kuat dari umat yang lemah.Kita tengok Islam sekarang sesenang hati ditindas,diperlekeh,diperalat..sehingga antara kita menjadi musuh sesama sendiri,hingga tak sedar yang orang kafir tersenyum lebar mempermainkan kita.

Ada beberapa hadis nabi yang membicarakan soal kekuatan:

Dari sahabat Abu Hurairah, Bersabda Rasulullah, “Mu’min yang kuat lebih dicintai Allah dari mu’min yang lemah, dan masing-masing memiliki kebaikan. Bersemangatlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan mohonlah pertolongan kepada Allah dan jangan merasa malas, dan apabila engkau ditimpa sesuatu maka katakanlah “Qodarulloh wa maa syaa’a fa’al, Telah ditakdirkan oleh Allah dan apa yang Dia kehendaki pasti terjadi”. HR. Muslim

Rasulullah S.A.W. bersabda, “Orang yang kuat bukanlah orang yang mampu mengalahkan lawannya. Sesungguhnya orang yang kuat adalah orang yang mampu menguasai dirinya ketika marah.” (HR Ahmad, Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Rasulullah juga bersabda: “ Orang yang lemah adalah orang yang menyerahkan dirinya kepada hawa nafsunya dan banyak berangan-angan kepada Allah.” (HR Ahmad dan Tirmidzi dari Syadad Bin Aus)

Setakat ini sahaja aku berbicara tanpa mulut,moga-moga Allah reda apa yang aku kongsikan ini,mudah-mudahan sahabat yang membaca ini dapat mengambil apa yang baik dari tulisan ini.Yang baik jadikan tauladan,yang buruk jadikan sempadan.Semoga kita tergolong dalam golongan yang sentiasa diberkati Allah,bukan golongan orang yang rugi.Sekarang tengah cuti winter break,InshaAllah akan menjejakkan kaki ke Holland kali ini,melawat mak sedara yang tinggal disana bersama kawan-kawan disamping melawat tempat-tempat disana.Doakan perjalanan pergi dan balik kami.sehingga berjumpa lagi,Assalamualaikum..










Gratisan Musik
">