Thursday 24 November 2011

Tolong Jangan Menyerah

25.11.2011,genaplah dua bulan aku disini,penuh dengan cerita suka duka.Hidup dinegara asing yang dulunya tidak pernah hadir dalam mimpi walau sesekalipun,hidup sebagai seorang mahasiswa yang dulunya hanya angan-angan zaman khayalan budak-budak tadika,tapi aku tahu aku tidak harus berpaling lagi,kerna itulah realitinya.Disaat hampir hilang arah,disaat perasaan mulai diganggu pelbagai emosi yang tidak stabil,seakan mahu saja menyerah,mahu membiarkan sesuatu berlalu begitu saja..Mujurlah ada kawan yang sentiasa membantu,memberi semangat,tidak aku lupa jasa kalian.Terima kasih..

Ya Allah,bantulah kami Ya Allah,bantu lah kami,untuk sentiasa istiqomah dalam setiap apa jua pekerjaan kami..Kami akui kami lemah,tapi kami tidak akan mudah mengalah.Bukakanlah pintu-pintu ilmu,muliakanlah kami dengan cahaya kefahamanMu.Permudahkanlah dan jangan susahkan.amin..